Tunjuk Langit

tunjuklangit

Buah Tunjuk Langit juga dikenali sebagai buah Mahogany merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di Asia Tenggara.

Buah Tunjuk Langit ataupun nama saintifiknya dipanggil Swietenia macrophylla, Mahogani Daun Besar atau Mahogani Honduras adalah tumbuhan liar yang berasal dari jenis pokok Meliaceae (keluarga pokok Mahogani atau Mahoni). Pokok ini tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang bersuhu kering dan lembap terutamanya di Amerika Selatan, India Barat, Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia. Ia digelar Raja Swietenia atau Raja Mahogani oleh kerana mutu kayunya yang tinggi di pasaran dunia sejak beratus tahun yang lalu. Pokok Tunjuk Langit mempunyai akar yang serumpun, berwarna merah dan memiliki rasa lemak. Ia mudah tumbuh di kawasan lembah yang lembab dan agak teduh. Kebiasannya herba ini boleh didapati berhampiran dengan kampung dan kebun kecil getah di bahagian utara Semenanjung. Pokok ini juga dapat dilihat di beberapa kawasan highway utara selatan.

Pokok ini digunakan secara tradisional di dalam campuran bagi rawatan wanita selepas bersalin. Manakala pucuknya dijadikan sayur dan kadang kala dimakan bersama sirih. Jauh daripada itu rizomnya pula digunakan untuk merawat batuk, penyakit siplis, caranya dimakan bersama sirih dan juga dijadikan tonik. Bagi batangnya yang tua pula boleh digunakan untuk menganyam tikar.

pokok-tunjuk-langit

Pokok ini dipanggil tunjuk langit kerana buahnya menegak ke arah langit dan ia hanya berbuah sekali dalam setahun.Buahnya mempunyai nilai perubatan yang tinggi, disahkan melalui kajian saintifik oleh ahli Biokimia Amerika, Dr Larry Brookes (1996). Kebelakangan ini ia telah digunakan oleh pakar perubatan dan doktor dalam bidang perubatan dan diiktiraf sebagai antara makanan kesihatan terbaik di dunia. Buah tunjuk langit adalah semulajadi, mengandungi nutrien yang tinggi kerana akarnya mencecah 20 kaki ke dalam tanah. Tidak mengandungi kesan sampingan walaupun diambil dalam tempoh masa yang lama.

Bahan bahan aktif yang terdapat di dalam buah tunjuk langit

1. FLAVONOIDS seperti yang terdapat dalam Gingko biloba dan tongkat ali. Ia merangsang pembukaan pembuluh darah, membekalkan oksigen dan nutrisi keseluruh badan, agen anti –pengoksidaan.

2. SAPONINS seperti yang terdapat ginseng Panax. Enzim yang bertindak seperti sabun /pelincir yang mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding salur darah.Ia menguatkan fungsi jantung dan sistem imuniti .

3. BITTER ALKOLOID rasa pahit adalah kerana kandungannya yg tinggi, dapat merencatkan pertumbuhan virus dan bakteria. Ia membantu membina sel darah putih dan menguatkan imuniti badan.

Buah tunjuk langit ini mempunyai keistimewaan yang sukar diperolehi dari mana-mana tumbuhan herba di seluruh dunia. Ia merupakan satu anugerah dan keajaiban dari Allah SWT kepada kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>